Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM1.5 Bilion Untuk Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah...

Polis Sarawak Siasat Video...

KUCHING - Polis telahpun memulakan siasatan terhadap laporan berhubung penyebaran sebuah klip video...

Lelaki Mati Ditetak, Sepasang...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan mati akibat ditetak di sebuah restoran...

MDHS Pos 100,918 Bil...

KUALA LUMPUR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menghantar sebanyak 100,918 Bil...

Tiada Tawaran Berlakon Hairie Othman Pandu Grab Car

PELAKON popular era 90an yang juga hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menjadi sensasi di laman sosial apabila seorang lelaki bernama Mike Manicka memuat naik fotonya bersama pelakon  itu ketika menggunakan perkhidmatan Grab Car.

Menurut Harian Metro, bapa kepada tiga anak itu yang hampir lima tahun menyepi dalam bidang seni terpaksa mencari pendapatan sampingan sebagai pemandu Grab Car kerana tiada tawaran berlakon berikutan ‘digam’ selepas terbabit dengan dunia politik.

“Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran.

“Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon,” jelasnya.

Tiada Tawaran Berlakon Hairie Othman Pandu Grab Car

Tiada Tawaran Berlakon Hairie Othman Pandu Grab Car

Tambah pelakon berusia 45 tahun itu lagi, dia tidak kisah apa pekerjaan sekalipun asalkan dapat menyara anak-anak dan isteri daripada hidup melarat.


“Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa saja pekerjaan asalkan halal,” katanya.

Dalam pada itu, Hairie yang sudah dua dekad berada dalam industri seni tanah air turut meluahkan rasa terkilan apabila ada rakan penerbit yang dikenali enggan menerimanya berlakon kerana pernah terbalit dengan kancah politik. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori