Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kelantan Tahan 107...

KOTA BAHARU - Sebanyak 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan Jabatan Imigresen...

Tourism Malaysia Sasar Perolehan...

BERSEMPENA penganjuran MATTA Fair 2016 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 Mac...

Skuad Bola Sepak Wanita...

PETALING JAYA - Skuad bola sepak wanita kebangsaan tekad mencatat kemenangan ke atas Singapura...

Wanita Indiana Diusir Dari...

WASHINGTON DC - Seorang wanita di Gary, Indiana, Amerika Syarikat berkata bahawa beliau...

Taufik Dedah Suara Sheena Dalam Lagu #AwakKatMane?

SINGAPURA – Siapakah menduga suara latar misteri dalam lagu popular #AwakKatMane itulah yang menjadi ‘ratu suri’ penambat hati pemenang program realiti Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah!

Suara wanita dalam lagu viral itu sebenarnya adalah suara Sheena Akbal – yang sejak beberapa tahun lalu, terus memacak kehadirannya dalam lubuk hati Taufik, jauh daripada pengetahuan orang ramai waima para peminatnya sendiri.

Bahkan, semasa melamar Sheena, Taufik menyanyikan sebuah lagu Inggeris untuk Sheena di dalam keretanya – lagu yang turut didendangkan pada majlis persandingan pasangan mempelai itu petang 4 April lalu.

Semua ini, didedahkan secara satu persatu oleh anak jati republik itu dengan luhur semasa ditemui pihak media seusai majlis persandingan yang diadakan di restoran Muslim Delights di Bendemeer, Kallang, Singapura.

Dengan hanya sekali lafaz, Muhammad Taufik Batisah selamat diijabkabulkan dengan Sheena atau nama sebenarnya Nursheehana Akbal Ahmad, pada 10.45 pagi Sabtu, dalam satu majlis tertutup.

Tarikh pernikahan Taufik, 33 tahun, dengan Sheena, 31 tahun, juga cukup simbolik iaitu ditulis angka ringkas sebagai 4.4.2015. Gadis berdarah Pakistan itu menerima mas kahwin bernilai S$500 berserta tiga dulang hantaran, berbalas tiga dulang.

Detik bersejarah kedua-dua mempelai diraikan penuh meriah oleh sekitar 2,500 hadirin, yang terdiri daripada sanak saudara serta teman-teman terdekat, dalam majlis persandingan tersebut.

Suasana menjadi bertambah gamat tatkala kedengaran paluan gendang Bhangra, sebagai tanda ketibaan raja dan ratu sehari. Kedua-dua pengantin kemudian melangkah segak dan anggun dengan busana Punjabi.

Pada majlis tersebut, Taufik juga mendendangkan lagu ‘Hanya Untukmu‘ teristimewa untuk gadis pujaannya itu. Semasa ditemui pihak media, Taufik berkongsi cerita bahawa keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya sudah dibuat sejak tahun lepas.

Ihsan MediaCorp Singapura

TAUFIK NAK TIGA ANAK…

Taufik sebenarnya sudah lama mengenali Sheena – bahkan sejak sebelum beliau menyertai Singapore Idol pada 2004 – namun bibit-bibit percintaan mereka hanya bermula beberapa tahun lalu dan menyifatkan Sheena sebagai “wanita yang cantik luar dan dalam.”

“Saya selalu cakap, rupa itu ‘bonus’ dan rupa itu adalah sesuatu yang akan pudar dengan masa. Jadi bagi saya paling penting ialah harus penyabar, orang yang memahami kerjaya saya.


“Orang itu haruslah penyayang. Jadi inilah ciri-ciri yang ada pada Sheena. Dia seorang yang penyayang dan dia sayang ibu saya, itu paling penting,” ujarnya.

Taufik juga berkata beliau merancang untuk mendapat tiga anak, meskipun isterinya hanya bersetuju untuk menimang dua anak! Mereka tidak ada sebarang rancangan untuk berbulan madu buat masa ini, tetapi Taufik melahirkan hasratnya untuk ke Eropah.

Gambar MediaCorp Singapura: Nashita Kamir

DAH HALAL

Awal daripada itu, Taufik memuat naik video beliau dan Nursheehana selepas selesai majlis akad nikah, di laman Facebook dan Instagramnya, dengan hashtag #awakkatmane” dan #shique2015″.

Dalam video itu, beliau dengan tersenyum lebar, berkata: “Assalamualaikum. Saya, baru habis nikah. Dah halal dah!” Nursheehana kemudian membalas: “#Awakkatmane?” Taufik juga meminta para peminat agar “doakan kita, ye.”

UCAPAN TAHNIAH, TAPI ADA ‘PATAH HATI’

Laman Facebook Taufik dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan orang ramai, dan video tersebut pula menarik lebih 16,000 ‘likes‘ di Instagram. Seorang pengguna Facebook dengan lucu menulis komen:

“Ramalan cuaca hari ini, hujan di sekitar Singapura dengan air mata gadis-gadis yang telah patah hati.” Ternyata, tidak boleh dinafikan di sebalik ucapan tahniah, ramai juga peminat wanitanya yang sedih kerana ‘terlepas peluang’.

Taufik pada 10 Mac lalu memuat naik gambar gadis yang bertakhta di hatinya itu menerusi Facebook dan Instagramnya, serta menulis: “April bakal menjadi bulan berbahagia untuk keluarga kami berdua.

“Saya berharap semua orang akan menyokong dan mendoakan yang terbaik buat kami berdua.” – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori