Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fathia Sekali Lagi Kena...

HAMPIR setiap bulan ada sahaja kontroversi melibatkan nama pelakon, Fathia Latiff bertebaran di...

Lelaki Maut Dilanggar Lori...

TAIPING - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan pada bahagian kepala selain...

AmBank Didakwa Promosi Agenda...

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings...

Ibrah Dari Kemenangan Liverpool...

MUFTI Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Liverpool...

Tan Sri SM Salim Kritikal Sakit Tua

PENYANYI lagenda negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, dikhabarkan dalam keadaan kritikal akibat sakit tua.

Mstar melaporkan penyanyi lagu Apa Dah Jadi itu berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi sehingga terpaksa diberi alat bantuan pernafasan.

Anaknya, Shamsul Salim, 51, berkata, ayahnya menunjukkan kesukaran bernafas kira-kira 10 malam Selasa dan diberi alat bantuan pernafasan hingga petang tadi.

“Alat bantuan pernafasan sudah dibuka petang tadi dan ayah boleh bernafas macam biasa namun dia tidak sedar diri dan dalam keadaan tenat.

“Semua keluarga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.


Penyanyi tersebut kini berada di rumah salah seorang anaknya di Ukay Perdana, Ampang dan doktor yang merawatnya juga tidak boleh berbuat apa-apa susulan keadaannya yang sudah uzur serta usia semakin lanjut.

Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu klasik ini lumpuh akibat sakit saraf sejak 17 tahun lalu dan pergerakannya terbatas menyebabkannya terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori