Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DEKOR: Tips Bagaimana Dapatkan...

Menghias rumah antara usaha atau gerak kerja seni yang memerlukan kepekaan dan kreativiti...

VIDEO: Budak Lelaki Hiburkan...

VIDEO menyaksikan seorang budak lelaki menari penuh gaya dengan iringan lagu Happy oleh Pharrel...

Drama ‘Pengsan’ Selama 30...

INGATKAN di China sahaja banyak kes kemalangan palsu dilaporkan, rupa-rupanya di Malaysia pun kes...

Beribu Botol Air Zam...

KUALA LUMPUR - Operasi bagi menghentikan pasaran gelap air Zam Zam palsu giat...

Pelamin Fantasia: Syawal Belajar Bahasa Isyarat Demi Fiqa

PEMENANG musim pertama program realiti Pelamin Fantasia, Syawaluddin Ghazali, 26, menyatakan demi memudahkan komunikasi di antaranya dan teman wanita yang kini sah bergelar isterinya, Nurafiqah Ma Hassan Sabtu lalu, dia mengambil inisiatif belajar bahasa isyarat.

“Awal perkenalan, kami banyak menggunakan telefon untuk berkomunikasi menerusi mesej kerana saya belum mahir dalam menggunakan bahasa isyarat.

“Dia yang mengajar saya pergerakan dalam bahasa isyarat dan Alhamdulilah saya kini semakin mahir dan paling penting memudahkan kami berkomunikasi,” katanya memetik mStar.

Syawal dan Fiqa selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Pasangan tersebut turut diraikan dalam sebuah majlis gilang gemilang bernilai RM100,000 sumbangan Astro sebagai ganjaran kemenangan menerusi program tersebut.


Busana pasangan pengantin tersebut ditaja oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim turut bertindak sebagai perunding acara.

Dua busana berwarna hijau tua dan persalinan serba putih memukau semua mata tetamu yang hadir pada majlis malam itu.

Selain hadiah pakej perkahwinan bernilai RM100,000, pasangan berkenaan turut membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Xian, China dan seutas gelang tangan. – MYNEWSHUB.CC

Syawal fiqa pre wedding video (pelamin fantasia)

https://www.youtube.com/watch?v=5U1moM4fp3s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori