Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

8 Terbunuh, 17 Hilang,...

CHENGDU - Lapan orang terbunuh manakala 17 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh...

Ahmad Maslan Tak Tanding...

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan...

Harga Makanan Di Sepanyol...

MADRID, Sepanyol – Harga makanan di Sepanyol naik sehingga 30.8 peratus Julai lalu...

Muhyiddin, Jemaah Menteri Letak...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri,...

Status Instagram Chef Wan Buat Che Ta Terharu

Melalui satu laporan yang disiarkan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan meluahkan rasa terharu dan gembiranya kerana situasinya mendapat perhatian chef terkemuka negara, Chef Wan.

Yelah, beberapa hari lalu, Che Wan mempertahankan Che Ta dengan memuat naik satu status yang ditujukan kepada ‘haters’ Che Ta yang tak pernah penat melakukan komentar panas, provokasi dan melontarkan pelbagai nista.

“Saya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga selebriti senior yang sudi mempertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,” ujarnya yng baru saha melahirkan bayi comel Sabtu lalu.

Tambah Che Ta, tindakan Chef Wan menyelar sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar ‘keyboard warrior’ adalah satu penghargaan buat dirinya.

8832

“Kalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadab sebahagian keyboard warrior yang dianggap mempunyai hati busuk.”

Beberapa hari lalu, Che Wan mengeluarkan kenyataan sinis dan pedas di ruangan Instagramnya sehingga mengeluarkan perkataan kurang manis seperti ‘bitchy’ dan ‘neraka jahanam’.


Tindakan itu dilakukannya akibat tidak tahan membawa komen yang ditinggalkan pengikut Che Ta yang banyak mengeji pelakon siri Kiah Pekasam itu dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Screen-Shot-2014-11-04-at-3.58.29-PM

Alahai, kasihan juga dengan nasib yang menimpa Che Ta ni sebenarnya. Yelah, baru sahaja melahirkan anak tapi disogok dengan pelbagai isu yang sengaja dicipta.

Terbaru, dia dikritik kerana bersolek ketika bersalin, malah ada pihak sengaja mencetuskan perbalahan apabila membandingkan kecomelan anaknya dengan bayi pasangan Awal dan Scha. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori