Soo Wincci Akui Pernah Jatuh Cinta Dengan Lelaki Gay

PENYANYI berketurunan Cina, Soo Wincci mengakui dia mengambil serba sedikit kisah hidup sebenarnya untuk dimuatkan dalam muzik video lagu nyanyiannya, Not Brave.

Muzik video lagu tersebut berdasarkan kisah cinta sebenarnya di mana Wincci mendedahkan dia pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki gay  sehingga menyebabkan percintaan mereka putus di tengah jalan.

Not Brave merupakan lagu Mandarin nyanyiannya untuk pasaran di negara Taiwan.

“Muzik video itu dilancarkan pada tahun lalu dan ia telah memenangi banyak anugerah di Taiwan. Saya akui ia adalah tentang seorang wanita yang kecewa selepas mendapat tahu teman lelakinya adalah pasangan gay,” katanya memetik mStar.

Disebabkan pengalaman pernah bercinta dengan lelaki yang meminati kaum sejenis membuatkan Wincci kini sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE