Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Pastikan GST...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Cukai Barang dan...

“Maafkan Kami” – Staf...

SEJAK semalam, beberapa keping gambar menunjukkan kakitangan AirAsia pamerkan rasa sayang kepada bagasi-bagasi...

Agong Terima Menghadap Ketua...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Jun Hoong Raih Pingat...

BUDAPEST - Atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong masih tidak percaya dia kini...

Sherry Kesal Diskriminasi Terhadap Wanita Gemuk

SEBELUM ini Mynewshub.cc ada menyiarkan cerita mengenai pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Al-Hadad yang dikutuk peminat gara-gara penampilannya yang sedikit besar jika dibandingkan dengan dua lagi pengacara Melodi yang lain iaitu Zulin Aziz dan Awal Ashaari.

Walaupun berasa kesal dengan diskriminasi sesetengah golongan terhadap wanita bertubuh besar, namun Sherry tidak menganggap kritikan pihak-pihak tertentu itu boleh mematahkan semangatnya untuk terus melebarkan kerjaya dalam bidang seni hiburan tempatan.

Memetik mStar, Sherry berkata, “saya tidak patah semangat dengan ejekan seperti itu sebaliknya saya lebih bersemangat untuk menunjukkan bakat yang saya ada, membantu saya untuk berada dalam industri ini”.

Sherry juga menyatakan dia tidak pernah berasa malu dengan keadaan fizikalnya sekarang, kerana menganggap ia sebagai perkara yang membuatkan dirinya berbeza daripada pelakon dan pengacara lain.

Menurutnya lagi, dia selesa dengan imejnya kini selagi ianya tidak menjejaskan kesihatannya.


“Pada saya cantik atau buruk itu sesuatu yang subjektif dan berbeza-beza di mata orang dan saya anggap apa yang saya ada ini satu kelebihan,” katanya.

Tak mengapalah Sherry, peminat sekarang pun dah boleh terima artis berbadan besar sekiranya mereka juga mempunyai bakat yang besar untuk diketengahkan.

Jangan risaulah, cuma pastikan imej anda sentiasa bersih dan tak dilanda kontroversi, pasti peminat bertambah sayang. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori