Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Kemudi Stereng...

SEORANG pemandu bas di China telah ditahan selepas aksinya sambalewa 'mengemudi' stereng menggunakan...

Kontena Bahan Buangan Elektrik,...

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kontena mengandungi bahan buangan...

MOM Cadang Lantik Wakil...

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mencadangkan supaya persatuan sukan kebangsaan...

Tun M Tulis Surat...

PUTRAJAYA : Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru kepada semua pengundi Johor untuk membuat...

Sharnaaz Luah Rasa Tidak Puas Hati Harga Vape Mahal!!

SEJAK kebelakangan ini, isu mengenai vape atau rokok elektronik menjadi perbualan hangat masyarakat Malaysia dek kerana timbul bermacam-macam isu termasuk serbuan pihak berkuasa terhadap premis yang menjalankan perniagaan vape.

Selaku pengguna, isu vape ini turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya namun dari sisi yang lain.

Menerusi laman Instagramnya, aktor yang terkenal dengan watak ‘Lan Todak’ menerusi filem Juvana ini menyifatkan harga flavor vape terlampau mahal dan tidak berpatutan.

12189598_1016407355092949_7217387372980499941_n12219551_1016407345092950_7298692530987183429_n

“Aku pun isap vape.. Bila KKM menjadi jadi bigfoot dikala hari mengambang ni dek tak cukup duit tabung darah negara.. Kesian pun ada dengan peniaga vape 95% melayu, 3% cina, 1%india 1%lain lain akidah… TETAPI!!!! Di sini aku tak meyokong KKM atau vaporiansss.. Aku rasa dah sampai masanya dipantau sama harga jualan jus yg melampau harganya Rm40 sebotol 30ml.

“Face to kenyataan lah, modal nak buat satu botol tu cuma Rm1 MAX.. Pengeluar yg bermodalkan Rm1 ringgit ni tolak pada supplier RM15-20 ringgit.. Margin untung dah Rm14 ringgit.. Dijual pulak pada AKU.. RM 40 hengget sebotol.. Untung pulak si kedai vapionsss RM 20-25 hengget.. Siapa disini yg rabak?!!! Yang dok hisap ni lah,” antara kata Sharnaaz dalam muatnaiknya di Instagram.


Dalam pada itu, Sharnaaz turut membuat kesimpulan kepada luahannya mengharapkan pihak peniaga vape bertimbang rasa dalam tidak meletakkan harga terlampau tinggi.

Luahan Sharnaaz sekali gus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebaik sahaja menjadi viral dan dikongsi di laman-laman page popular Malaysia.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga menyangkal fakta mengenai margin keuntungan yang diluahkan Sharnaaz. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=OL5Yl9NM3rk]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori