Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Siasat Rekod Perubatan...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor memalsukan rekod...

Berwajah ‘Cair’, Wanita Korea...

KISAH kehidupan Shim Hyun Hee yang mengejutkan namun amat meruntun jiwa ini telah...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

7 Pelancong Thai Parah...

Bukit Tagar - Tujuh pelancong warga Thailand parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan...

Shah Slam Buka Rahsia Bongkar Sikap Zamani Sebenar!

KES penangkapan penyanyi Zamani yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini sememangnya menggemparkan industri hiburan.

Ini disusuli pula dengan kontroversi yang menyusul apabila videonya sedang menyanyi lagu Gerimis Mengundang ketika di dalam lokap menjadi viral di media sosial hingga mengundang simpati rakyat Malaysia.

zamani

Apabila rakan Zamani yang juga salah seorang ahli kumpulan Slam tampil bercerita mengenai sikap terpuji penyanyi terkenal itu di Facebook, ia pantas menarik perhatian ramai.

Shah selaku gitaris dalam kumpulan Slam.
Shah selaku gitaris dalam kumpulan Slam.

10917046_924003497622672_5220368574542334597_n (1)

Kenyataan Shah Slam yang dikongsi pada hari Jumaat yang mulia antaranya berbunyi:

“Dia punya adap & sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata.. walaupun dibelakang orang itu.”


Dalam erti kata lain, Shah membayarngkan bahawa meskipun ramai pihak mengetahui kes penglibatan Zamani dalam penyalahgunaan dadah yang boleh dikatakan satu keburukan, namun tidak ramai yang tahu sikap terpujinya termasuk tidak suka menyakiti hati orang lain.

Kumpulan Slam
Ahli kumpulan Slam.

Malah, Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Bin Abdul Halim turut membuka rahsia bahawa Zamani telah banyak mengajar dan mengubahnya menjadi insan lebih baik.

Dalam pada itu, rata-rata peminat kumpulan Slam meluahkan perasaan simpati dan berdoa agar penyanyi itu pulih dari masalah dadah seterusnya membuka lembaran hidup yang baru selepas ini.

Sama-sama kita doakan. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori