Shah Iskandar Nafi Bercinta Dengan Fida, Dah Ada Calon Isteri

34-Sharnaaz-Ada-Hak-Komen-Saya-Shah-Iskandar-ROTIKAYA

SEBELUM ini, heboh jadinya industri hiburan apabila Fida Ibrahim mengakui rapat dengan Shah Iskandar dan menyatakan dalam proses mengenal hati budi jejaka itu.

BACA: Fida Ibrahim Akui Sedang Kenal Hati Budi Shah Iskandar

Namun, lain pula pengakuan yang dibuat aktor kacak itu apabila mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Fida itu tidak benar.

Apa yang lebih mengejutkan, Shah Iskandar akui sudah mempunyai gadis pilihan hatinya dan sedang dalam perancangan untuk berkahwin.

“Saya cakap kami hanya kawan. Tak cakap pun kami dalam proses mengenali hati budi. Tapi tidak tahu pula jika kenyataan itu dikeluarkan oleh Fida. Sebolehnya saya tidak mahu perkara ini menjadi isu seperti yang pernah terjadi dulu,” ujarnya menafikan gosip yang mereka sedang bercinta.

Bercerita mengenai kekasihnya, Shah Iskandar berkata, gadis pilihannya seorang yang sangat memahami dirinya dan hubungan mereka sudah terjalin sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar dan masing-masing selesa dengan apa yang dilalui. Insya-Allah, kami dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya iaitu berkahwin. Sepanjang dua tahun bercinta, baru kali ini kami membicarakan hal terbabit.

“Dalam kalangan ahli keluarga, semua sudah tahu niat kami cuma belum dibawa berbincang secara serius. Berkahwin bukan perkara sembarangan. Jadi, banyak hal perlu diambil berat. Tidak sekadar bercakap, sebaliknya setiap yang dirancang itu perlu dilaksanakan sebaiknya.

“Malah, selepas berkahwin ia menjadi satu tanggungjawab lain pula. Sebab itu, saya mengambil masa yang agak lama untuk bersedia ke arah ini. Orang kata, cabaran selepas berkahwin itu lebih hebat,” katanya.

Bagaimanapun, pemenang Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH ini enggan mendedahkan identiti kekasihnya dan hanya menggelarkan kekasihnya sebagai gadis S.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

Loading...