Selena Gomez Nafi Bercinta Dengan Charlie Puth

MENERUSI satu gambar yang dimuat naik di laman Instagram, Selena Gomez dan Charlie Puth kini digosipkan sedang berpacaran.

Gambar mereka berdua yang dimuat naik di laman Instagram milik pelantun lagu hit popular, See You Again dan Marvin Gaye itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan peminat mereka.

CPclqGQUcAAdWtE

Walau bagaimanapun, Selena yang baru sahaja keluarkan lagu baru yang berjudul Same Old Love itu dengan pantas telah menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan mereka berdua hanya kawan rapat di laman makro Twitternya.

SG

CP1Charlie juga bertindak melakukan perkara yang sama di laman Twitternya bagi mengukuhkan lagi penafian yang dibuat Selena. – MYNEWSHUB.CC

MTV: Same Old Love – Selena Gomez

MTV: Marvin Gaye – Charlie Puth

Loading...