Scarlett Johansson Selamat Bersalin Anak Perempuan

PELAKON seksi, Scarlett Johannson dan tunangnya, Romain Duariac selamat menimang cahaya mata perempuan, semalam.

Menurut laporan Associated Press, kedua-dua ibu dan anak kini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Menerusi jurucakapnya, pelakon berusia 30 tahun itu menamakan permata hatinya sebagai Rose.

Scarlett dan Romain mengumumkan pertunangan mereka pada September tahun lalu dan mendedahkan kehamilannya kepada umum pada Mac lalu.

Pelakon filem Lucy itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds pada 2008 namun berpisah selepas tiga tahun bersama. – MYNEWSHUB.CC

SCARLETT1

Scarlett dan tunang, Romain

 SCARLETT2

Saat bahagia Scarlett dan Ryan Reynolds 

Oleh: AUDREY LEE