Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hanyut ‘Dimamah’ Jambatan Di...

NEW DELHI - Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan...

Tikus Gergasi Kecohkan Alam...

LONDON - "Saya sangkakan ia adalah kucing, tetapi sebenarnya binatang ini adalah tikus...

Eropah Timur Catat Peningkatan...

LONDON - Lebih daripada 130,000 penduduk disahkan dijangkiti virus HIV tahun lalu di...

Polis Tahan 11 Pekerja...

KULAI : Polis telah menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden...

Saya Tak Nampak Jalan Untuk Berdamai Kembali – Rozana

Sekali lagi Rozana Misbun menjadi tumpuan media setelah dia mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia ingin kembali bersama dengan suaminya, Awie.

Dalam satu wawancara semalam, Rozana seakan-akan memberikan gambaran bahawa dia bersedia untuk berdamai dengan suaminya setelah episod demi episod gelap melanda rumahtangga mereka.

Bagi mencerahkan kembali apa yang dinyatanya semalam, Rozana sekali lagi ditemubual bagi mendapatkan kenyataan sahih berkenaan konsep ‘damai’ yang diujarnya pada Khamis lalu.

[BACA ARTIKEL INI: Mustahil Untuk Curang Selaku Isteri ‘Ayahanda’ Awie – Rozana]

Disogok dengan maksud ‘damai’, Rozana berkata, dia tidak berhasrat untuk kembali bersama dengan vokalis Wings itu! “Tidak sama sekali. I had enough. Saya tak nampak adanya jalan untuk kami bersatu lagi sebagai suami isteri. 

Maksud berdamai di situ ialah ruang untuk Awie berunding dengan saya dan peguam Jamal Mohd Lokman Sulaiman demi kebajikan anak-anak, masih terbuka.”

Dalam wawancara sama, Rozana berkata, dia bukanlah seorang yang kejam dan kerana itu, dia memberikan keizinan kepada Awie untuk berjumpa ketiga-tiga anak mereka selama dua jam pada hujung minggu pertama dan ketiga.

Walaupun kecewa dengan tindakan Awie yang mengaibkannya di media cetak dan elektronik semenjak beberapa bulan lalu, namun ujar Rozana, dia tidak pernah menyesal menikahi pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu.

bh_20140717_awie1_11795811


Tidak, saya tak pernah menyesal. Saya dan Awie berkahwin atas dasar cinta dan dengan perkahwinan inilah, kami dianugerahkan tiga cahayamata iaitu Merrah, Rezzki dan Qasseh yang tak terbanding nilainya dengan wang ringgit.

Kalau saya kata menyesal, maknanya menyesal jugalah saya melahirkan anak-anak cinta hati saya ini ke dunia. Mungkin cinta dan kasih sayang antara saya dan Awie berakhir di sini saja.

Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia. Saya harap Awie akan bertemu dengan pengganti yang boleh menjaganya jauh lebih baik dari saya sewaktu melayari bahtera rumahtangga dengannya dulu.”

Mengambil pendekatan untuk tidak ditemuramah lagi, Rozana berkata, dia kini sedang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya bersama anak-anak selepas ini.

Saya harap tiada lagi temuramah dengan wartawan selepas ini. Saya segan sebenarnya. Saya hanya orang biasa yang pernah berkahwin dengan artis terkenal.” – MYNEWSHUB.CC

Sijil Nikah Awie Dan Rozana Misbun Disahkan Palsu

https://www.youtube.com/watch?v=_gQry31EG1s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori