Sam Smith Akui Lagu Baru James Bond Sukar Untuk Dinyanyikan

SIRI filem hebat James Bond terbaru, Spectre bakal menemui peminat serta penonton di pawagam mulai 6 November 2015.

Pastinya penggemar filem lakonan Daniel Craig itu menantikan adegan aksi yang hebat dan menarik seperti filem-filemnya sebelum ini.

007

Namun selain menanti adegan romantik, drama, aksi dan sebagainya yang dipaparkan, peminat tegar filem tersebut juga pasti menunggu lagu-lagu yang bakal bermain dengan perasaan mereka ketika menontonnya di pawagam.

Antara lagu-lagu dari filem James Bond yang kekal terpahat di minda masyarakat hingga kini antaranya Diamonds are Forever oleh Shirley Bassey, Die Another Day oleh Madonna dan tentunya Skyfall oleh Adele.

Bagi siri terbaru Spectre ini, pemenang anugerah Grammy, Sam Smith telah menyumbangkan suaranya untuk lagu tema filem tersebut.

Screen-Shot-2015-10-24-at-11.49.24-AM-640x384
Sam Smith

Walau bagaimanapun, tanggungjawab itu dilihat sebagai satu cabaran hebat yang perlu digalas oleh penyanyi berusia 23 tahun itu.

Dia mengakui lagu berjudul Writing’s On The Walls sangat sukar untuk dinyanyikan.

“Sebenarnya saya hanya menyanyikan lagu itu sekali. Saya membuat demo di dalam studio dan mereka menggunakan yang itu. Ia sangat susah untuk dinyanyikan. Memang susah.

“Saya hampir menyesal.. Tak, saya tidak menyesal cuma ia terlalu tinggi, saya perlu pegang ‘kejantanan’ saya untuk menyanyikannya,” ujarnya.

Namun begitu, persembahan penyanyi itu ternyata berjaya memikat hati ramai peminat sejak lagu tersebut mula dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Apa yang pasti, lagu tema kali ini setanding dengan lagu-lagu yang dibuat khas untuk filem tersebut sebelumnya.

Jom kita kembalikan nostalgia dan kegemilangan dua lagu popular dari filem James Bond terdahulu dengan menonton video di bawah ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Madonna – Die Another Day

Adele – Skyfall