Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jalan Di Padang Kota...

GEORGE TOWN - Beberapa jalan utama di kawasan Jalan Padang Kota di sini...

Tiada Kerjasama Antara BN...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata tiada...

PLUS Gandakan Pasukan Bantu...

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengambil tindakan penambahbaikkan berhubung maklum...

Huawei Bawa Sweden Ke...

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah...

Rumah Dilelong RM2.1 Juta, Suami Umie Aida Dakwa Tak Tahu

Suami kepada pelakon tersohor negara, Datin Umie Aida iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan menafikan dirinya mengetahui tentang lelongan rumah miliknya yang terletak di Mont Kiara pada Sabtu lepas.

Saya tidak tahu menahu dan tidak diberi sebarang notis ataupun writ mengenai lelongan itu. Lelongan ini juga difahamkan diadakan semalam. Saya pun dengar melalui saluran media sosial.

Namun saya akan bincang dengan peguam saya pada hari Isnin nanti,” ujarnya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan, seorang individu wanita yang enggan dikenali telah berjaya memiliki kediaman tersebut setelah dia menjadi pembida tunggal rumah itu.

Ujar wanita itu, dia tidak mengenali pemilik terdahulu kediaman berkenaan dan mendapat perkhabaran tentang rumah tersebut melalui iklan sebelum memutuskan untuk memilikinya kerana ia merupakan hartanah yang memiliki harga tinggi.’

khairuddinabuhassan-m2

Pada hujung tahun lalu, Datuk Khairuddin mencetuskan kontroversi dalam UMNO setelah dia membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak lama selepas itu, ada pihak membuat pendedahan tentang status figura politik tersebut yang dikatakan telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada 14 Mei tahun lalu.


[BACA INI JUGA: Mengejutkan… Suami Muflis, Rumah Umie Aida Dilelong?]

Walaupun ditujah dengan pelbagai isu yang dilihat memburukkan imejnya, Khairuddin berkata, dia akan tetap meneruskan usahanya untuk mendedahkan kepincangan dalam 1MDB.

Saya akan lawan secara habis-habisan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Demi kepentingan rakyat jelata, saya berikrar untuk memerangi rasuah mahupun penyelewengan di negara kita dalam setiap segi.

Ini adalah cabaran perjuangan saya yang amat kerdil. Saya adalah pejuang yang sekiranya ditekan, akan menjadi semakin kuat. Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO.” – MYNEWSHUB.CC

 

Sedutan Lakonan Datin Umie Aida Dalam Filem Yang Diharam Tayang, Dukun

https://www.youtube.com/watch?v=C-PesvDGDyA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori