Ruby Rose Dinobat ‘Woman Of The Year 2015’ Majalah GQ

BINTANG kelahiran Australia, Ruby Rose yang semakin bersinar dalam industri hiburan di Hollywood diberikan gelaran Woman of The Year 2015 oleh majalah GQ Australia.

Nama pelakon siri Orange Is The New Black itu kembali meningkat di Australia selepas dia membintangi drama popular berkenaan.

Ruby, 29, yang hadir di majlis berprestij itu bersama kekasihnya, Phoebe Dahl berkata, dia menerima anugerah tersebut dengan perasaan bercampur-baur.

160add0a7d321be8559749c8b453e4b2
Ruby Rose dan kekasihnya, Phoebe Dahl.

“Terlalu ramai artis di Australia yang berbakat besar dan berusaha bersungguh-sungguh namun tidak mendapat peluang dan pengiktirafan selayaknya.

“Kehadiran saya dalam siri popular di Hollywood, Orange Is The New Black merupakan kebangkitan dalam industri ini dan saya dapat bersinar kembali di Australia,” katanya.

Pada majlis sama Joel Madden, Cody Simpson, bekas Kapten Kriket Australia, Michael Clarke dan ramai lagi personaliti lelaki turut mendapat pengiktirafan atas pengaruh mereka dalam bidang yang diceburi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...