Rozita Che Wan Hadiahkan Zain Saidin Pakej Umrah

SEMALAM bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, berlangsung majlis sambutan ulang tahun kelahiran buat pelakon kacak, Zain Saidin yang ke-31.

Majlis yang diatur isteri tercinta, Rozita Che Wan ini turut diserikan majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang dipimpin Imam Muda Asyraf.

Sambutan meriah ini bertambah istimewa apabila Che Ta menghadiahkan pakej menunaikan umrah kepada suaminya, Zain Saidin sempena ulang tahun ke-31.

Hadiah itu diumumkan Che Ta dan Zain dalam majlis bertema Glam Black yang hanya dihadiri teman rapat dan ahli keluarga.

https://instagram.com/p/zci8EVQh3E/?modal=true
https://instagram.com/p/zd40BlQh1L/?modal=true
https://instagram.com/p/zcXyiZQh49/?modal=true
https://instagram.com/p/zc1psNwh1c/?modal=true

Pasangan selebriti ini memberitahu mereka akan berangkat menunaikan ibadah di tanah suci Mekah pada pagi 25 Februari ini.

“Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya tapi isteri saya sudah beberapa kali mengerjakan umrah,” kata Zain Saidin seperti yang dipetik dalam Berita Harian.

Pada masa sama, pelakon Oh My English! ini mengakui kehadiran bayi sulungnya, Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia empat bulan hasil perkongsian hidupnya dengan Che Ta telah menyempurnakan hidupnya.

 “Hidup saya hampir sempurna. Tapi dari segi kewangan saya kena terus bekerja keras untuk memastikan kesenangan keluarga.

“Dengan usaha, insya-Allah rezeki itu takkan pernah putus. Kehadiran Aaisyah juga terus menambah rezeki. Aaisyah bagai rahmat istimewa buat saya dan isteri,” ujarnya.

Ditanya mengenai impiannya, Zain mengakui antaranya dia berharap rumah tangganya bersama pelakon jelita, Che Ta berkekalan hingga ke syurga.

Di kesempatan ini, kami turut ingin kami mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-31 buat pelakon Zain Saidin. Semoga panjang umur! – MYNEWSHUB.CC

Video Kemanisan Cinta Che Ta & Zain Saidin

Leave a Reply