Rita Rudaini Dedah No Telefon Individu Sering Mengganggu

PELAKON sensasi, Rita Rudaini mengambil jalan paling berani apabila mendedahkan nombor telefon individu yang sering membuat gangguan terhadapnya.

Melalui laman Instagram, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu memuat naik ‘screen captured’ memaparkan nombor telefon pihak tersebut bagi tatapan pengikutnya.

Menurut Rita, nombor telefon itu menganggunya dengan membuat panggilan pada larut malam.

[Betul Ke Rita Rudaini Tak Benarkan Anak Jumpa Aidil Zafuan?]

Pihak tersebut juga dikatakan sering mengintip laman Instagram dan Whatsapp miliknya.

Nah, tengoklah sendiri foto yang dimuat naik Rita bersama-sama kapsyen yang sememangnya pedas lagi panas!

https://instagram.com/p/26JLJFDQ7c/?taken-by=ritrud727

 

Tapi yang menjadi pertanyaannya, siapakah individu ‘bodoh bengap’ yang dimaksudkan Rita melalui tulisan kapsyennya itu?

Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan peminat pelakon Mami Jarum itu membuat spekulasi mengandaikan ia dilakukan oleh teman-teman rapat Zarema Zainal, isteri Aidil Zafuan yang juga bekas suami Rita setelah kononnya melakukan ‘penyiasatan sendiri’. Pandai-pendai je kan…

Screenshot_2015-05-21-12-53-16Untitled

Rasanya, sudah sampai masa untuk Rita, bekas suami dan pihak berkenaan duduk berbincang bagi menjernihkan keadaan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Kan tak molek kalau semua pihak mengetahui perihal peribadi, lagi-lagi yang mungkin menjadi mangsa secara tak langsung adalah kedua-dua cahaya mata Rita. Kasihan mereka…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Antara Lakonan Rita Rudaini Dalam Filem Mami Jarum Junior

https://www.youtube.com/watch?v=li7_NQRhBkI

Loading...