Rihanna Nafi Sedang Bercinta Dengan Leonardo DiCaprio

BARU-BARU ini Rihanna meledakkan pentas anugerah iHeartRadio Music dengan mempersembahkan single terbarunya yang berjudul Bit** Better Have My Money.

Persembahannya memberi impak kepada semua yang menonton ketika itu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 27 tahun itu menafikan sedang hangat bercinta dengan pelakon filem Titanic, Leonardo Dicaprio.

30-rihanna-iheartradio-awards.w529.h529.2x

Rihanna yang ditemui ketika hadir memberi sokongan kepada seorang rakan karib di sebuah majlis pelancaran di New York, menepis gosip liar yang menurutnya direka oleh bloggers.

Jawapan Rihanna saat diajukan soalan sama ada dia suka atau tidak jika namanya berbunyi Rihanna DiCaprio amat ringkas iaitu, “Saya rasa kamu perlu jauhi berita daripada blog kerana mereka akan buat kamu sering tertanya-tanya.”

– MYNEWSHUB.CC

Loading...