Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Tonton Konsert...

GEORGE TOWN: Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan kontroversi, The 1975 dinasihatkan...

Ismail Sabri Jumpa Presiden...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri...

Perak Masih Kaji Jual...

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak perlu mengutamakan keperluan air di negeri ini...

Pelawa Pembangkang Lawan Di...

PADANG RENGAS - Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja yang...

Ridzuan Hashim Perjelas Isu Berfoya-Foya Di Kelab Malam

SEJAK semalam, nama pelakon senior Ridzuan Hashim menjadi perbualan hangat peminat hiburan selepas gambarnya ketika berada di sebuah kelab malam bersama pelakon kontroversi Fara Mendoza dan Carmen (teman wanita Han Wong) tersebar menjadi viral di media sosial.

Lebih panas, gambar yang dimuat naik oleh Carmen di Instagram itu disertakan dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada pelakon itu dan rakannya kerana meraikan hari lahirnya di kelab berkenaan.

Gambar kontroversi yang telah dipadam Carmen (teman wanita Han Wong) dalam Instagramnya.

Hal itu sekali gus mengundang persoalan dan kritikan ekoran ramai yang menyifatkan pelakon itu tidak sepatutnya pergi berfoya-foya di kelab malam memandangkan umurnya yang sudah berusia.

Bercakap kepada mStar Online, Ridzuan atau nama sebenarnya Mohd. Ridzuan Hashim, 51, berkata, kunjungannya ke kelab malam baru-baru ini bukan kerana berfoya-foya sebaliknya atas tujuan bertemu dengan seorang produser antarabangsa.

Pada masa sama, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak kenal Carmen dan Fara serta hanya bergambar atas permintaan mereka sebagai peminatnya.

“Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.


“Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di Internet,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ridzuan mendedahkan dia baru saja disunting penerbit antarabangsa bagi projek filem Hong Kong sebagai watak gangster. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=MWaWO17gbzI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori