Rambut Blonde Palsu Cuma Strategi Promosi Baju Tidur…

RAMAI terkejut dengan imej terbaru penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema, 46, ketika muncul untuk sesi fotografi ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015’ baru-baru ini.

Apa tidaknya, dia nampak begitu ‘hot’ dengan rambut blonde sambil menggayakan baju tidurnya!

BACA: Raja Ema Seksi Berbaju Tidur, Rambut Blonde..

Akibatnya banyak pihak mengkritik sebaik sahaja gambar sesi fotografi itu dimuatnaik ke akaun Instagramnya kerana menganggap ia tidak sesuai dek kerana faktor usia.

Raja Ema Hanya Pakai Rambut Blonde Palsu, Tak Kisah Kritikan

Menerusi Sinar Harian, Raja Ema memberitahu dia tidak kisah dengan penilaian masyarakat kerana imej tersebut hanyalah strategi untuk promosikan produk.

“Memang ramai yang kritik apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.

“Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja.

“Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya bukan manusia sempurna,” katanya.

Bagi kami, Raja Ema melontarkan pendapat sebegitu kerana mahu pengguna tahu, produk baju tidurnya juga sesuai untuk perempuan muda dan seksi…betul tak?

Mungkin kalau Raja Ema tampil dengan produk lain pula di masa akan datang yang bersesuaian dengan usianya, maka dia tak perlu memakai rambut palsu lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

Loading...