Pulangkan Harta, Syarat Awie Jika Rozana Mahu Cerai

Ternyata bayangan perceraian akibat kemelut rumahtangga yang disebut-sebut oleh vokalis kumpulan Wings, Awie tidak mudah untuk dilafazkan.

Bukan kerana masih menaruh harapan untuk kembali bersatu, sebaliknya dia mahukan isterinya, Rozana Misbun untuk memulangkan hartanya terlebih dahulu.

Memetik laporan Mangga Online, Awie memberitahu hatinya sudah tertutup untuk menerima kembali Rozana dalam hidupnya selepas isterinya itu meninggalkan kediaman mereka beberapa bulan lalu.

Selain mengakui dia sedia menerima sebarang kemungkinan, penyanyi itu turut menyatakan dia tidak memfailkan sebarang perkara berkaitan perceraian setakat ini.

“Kalau orang di sana yang mahukan…okey, tapi tak semudah itu, ada syaratnya…pulangkan harta saya,” katanya.

Fuh, agak berat juga syarat Awie itu!

Mungkinkah ‘harta’ yang dimaksudkan itu berkait rapat dengan punca perbalahan mereka sebelum ini?

Apapun, kami sarankan agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan penuh tolak ansur.

Kasihanilah anak-anak yang pastinya terganggu emosi tatkala melihat percakaran ibu bapa yang tidak berkesudahan. – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Rozana Rindu Anak Hingga Terbawa-Bawa Dalam Mimpi)

 

Oleh: ELZA