Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah & 2...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr....

Kompilasi Gambar Detik Cemas...

SERANGAN letupan di beberapa tempat di Jakarta, Indonesia mencetuskan panik dalam kalangan warga...

PKR, DAP Tolak Lajim...

PKR membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed...

Ketepikan Masalah Dalaman, Jadikan...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Polis Sambung Reman Pelakon, Rakan Terbabit Dadah

MUAR – Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menyambung reman selama enam hari bermula hari ini terhadap seorang pelakon lelaki dan rakannya berhubung penemuan lebih 1.3 kilogram syabu dalam kereta dinaiki mereka pada Sabtu lepas.

BERKAITAN: Benjy Ditahan Lagi Kes Dadah Buat Kali KEEMPAT?

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek berumur 37 dan 27 tahun itu selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat hari ini.

Pada 28 Mac lalu pelakon itu yang sudah tiga kali ditahan kerana terbabit dengan kes dadah, ditahan polis buat kali keempat dalam sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan empat paket syabu dalam satu ruang di bahagian tempat letak kaki di bahagian belakang kereta, selain beberapa barangan yang disyaki untuk memproses dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.


Terdahulu, Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan tempoh lanjutan tahan reman terhadap kedua-dua suspek itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketika keluar daripada mahkamah, pelakon terbabit sempat menunjukkan isyarat `peace’ kepada jurugambar.

– BERNAMA

https://youtu.be/gt_aMDi33QQ

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori