Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cicakman 3 Kembali,...

Lebih enam tahun berlalu selepas kali terakhir muncul dengan Cicakman 2 - Planet...

PAS Mahu Jumpa Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu mengadakan pertemuan dengan Kedutaan...

Petisyen Desak Tommy Thomas...

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,900 tandatangan telah dipungut menerusi petisyen yang mendesak Peguam...

Bapa Didakwa Dera Anak...

SEORANG bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas...

Perkahwinan Keith Foo Tidak Menggugat Populariti

PELAKON Keith Foo menjelaskan bahawa perkahwinannya tidak menggugat populariti serta kerja lakonannya langsung dan tegasnya, populariti bergantung pada disiplin juga hasil karya seseorang pelakon itu sendiri.

“Tidak mengganggu populariti, kerana peminat-peminat masih menyokong kerjaya seni saya dan setiap orang akan berkahwin juga suatu hari nanti.

“Populariti tergantung pada disiplin dan hasil karya, kalau kita beri yang terbaik mereka akan tetap sokong kita,” katanya kepada media pada Majlis Tayangan Perdana Filem ‘Langit Cinta’ malam kelmarin.

Keith Foo juga mengakui kerjayanya kini lebih mudah dan teratur kerana diuruskan oleh isterinya sendiri, Kim Raymond.

“Sangat senang kita banyak berbincang dan memberikan pandangan secara profesional,”

Keith Foo yang memang menyukai kanak-kanak mengakui dirinya tidak sabar untuk dikurniakan cahaya mata dan dia tidak merancang.


Namun jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat, dia dan isteri berasa sungguh terharu.

“Cahaya mata, kalau terjadi saya sangat bersyukur kerana sememangnya saya sukakan kanak-kanak. Tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan Itu ialah Anugerah Tuhan,”

Dia turut memberitahu bahawa majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada bulan Februari atau Mac tahun depan. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7GO2jdULSmI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori