Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Tertipu Skim Dakwa...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO menerima aduan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab...

Neymar Mahu Kembali Ke...

NEYMAR dikhabarkan memberitahu Barcelona bahawa beliau mahu kembali ke Nou Camp. Perkara itu dibuat...

Pemilik Restoran Akui Silap...

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah...

Pusat Bekalan Banjir TUDM...

KUALA LUMPUR - Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia...

Penyampai Radio Sinar FM, Cik Piah Nyaris Diragut

PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melalui detik menakutkan apabila hampir menjadi mangsa ragut ketika keretanya berhenti di sebuah lampu isyarat, baru-baru ini.

Cik Piah bernasib baik kerana beg tangannya tidak dilarikan namun hanya cermin keretanya sahaja yang retak selepas cuba dipecahkan oleh dua remaja tempatan yang dipercayai berketurunan Melayu.

Memetik laporan The Rakyat Post, ketika kejadian berlaku, Cik Piah sedang dalam perjalanan ke tempat kerja yang terletak di Taman Teknologi, Bukit Jalil.

“Masa kejadian itu, saya dalam perjalanan ke pejabat dan ketika kereta berhenti sementara menunggu lampu trafik bertukar hijau tiba-tiba cermin kereta saya diketuk berkali-kali.

“Alhamdulillah, peragut itu tidak sempat memecahkan cermin kereta, cuma retak dan kemudiannya melarikan diri,” katanya.


Cik Piah yang juga pengacara bersama Maharaja Lawak Mega (MLM) menganggap insiden yang berlaku sebagai satu dugaan dan sempat menasihatkan orang ramai di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliing agar dapat mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. – MYNEWSHUB.CC

car

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori