Kisah Cuai Tapi Lawak.. Pendakwah PU Yeop Tertinggal Anak Di R&R

Gara-gara mahu cepat kerana terlalu memikirkan ceramah di Kuala Kangsar, pendakwah Pencetus Ummah (PU), Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau PU Yeop hampir kehilangan anak di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun, Kedah, Ahad lalu.

Semuanya kerana dia terlupa, salah seorang anaknya tiada dalam kereta sebaik sahaja memecut meninggalkan kawasan R&R tersebut!

Anaknya Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8, sebelum itu mengadu sakit perut dan hendak buang air lalu pergi ke tandas di stesen minyak tersebut.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, PU Yeop terlupa pula anaknya itu masih belum masuk ke dalam kereta lalu dia meneruskan perjalanan hingga sampai ke rumah di Simpang, Taiping.

Ketika itu baharulah dia menyedari, salah seorang daripada enam anaknya tiada bersama.

Memandangkan tempoh perjalanan dari Taiping Ke Gurun mengambil masa dua jam, ditambah pula dengan ceramah yang perlu dihadirinya, PU Yeop menghubungi pihak polis dan PLUS bagi membantu mencari anaknya.

Pengumuman di Facebook turut dibuat agar dengan harapan anaknya dapat ditemui.

anak

Mujurlah ada satu keluarga yang baik hati, menemui anak Yeop di stesen minyak tersebut lalu menghantar Muhammad Iskandar ke rumahnya pada hari yang sama.

Ketika itu, keluarga tersebut dalam perjalanan dari Changlun, Kedah ke rumah saudara mereka di Bagan Serai untuk menghadiri kenduri.

pu yeop

Bagi PU Yeop, kejadian ini dianggapnya sebagai ujian Allah S.W.T dan peringatan buat dirinya agar tidak leka pada masa akan datang. –MYNEWSHUB.CC

(Sumber: Sinar Harian / Facebook Pencetus Ummah Yeop)

Oleh: ELZA

Leave a Reply