Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Hanya Catat...

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti...

Budak Hilang Di Gunung...

TOKYO - Menurut laporan polis, ibu bapa kepada budak lelaki berusia 7 tahun,...

TMJ Rasmi Masjid Bandar...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan...

Rampas Vape: KP KPDNKK,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan...

Perlu Lebih Masa Kemuka Laporan Forensik Kes Pukul Awie

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Selasa supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya, Goh Ai Rene memberitahu mahkamah, pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.


Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006. – mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori