Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Maxis Tawar 5GB Data...

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd menambah peruntukan RM1.3 bilion tahun ini untuk memperluas...

Syed Saddiq Hentam Pemimpin...

PETALING JAYA - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin...

Tiada Lesen Memandu? Anda...

PENGGUNA jalan raya yang ditahan tanpa lesen memandu yang sah kini akan terus...

Koronavirus: Angka Kematian Meningkat...

BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 106 orang...

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial

PENGUMUMAN mengenai ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik menarik diri daripada menganggotai boyband popular itu menjadi trending di kebanyakan laman media sosial hari ini.

Peminat setia penyanyi berusia 22 tahun itu pastinya berasa terkesan dengan pengunduran Zayn yang merupakan jejaka kacukan British-Pakistan.

Ramai peminatnya dari seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka di atas keputusan Zayn meninggalkan empat lagi rakannya, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson untuk meneruskan perjalanan karier One Direction selepas ini.

Malah ada yang memuat naik video menerusi laman Vine sambil menangis mengenangkan ketiadaan Zayn dalam kumpulan yang menjadi kegilaan remaja dari seluruh dunia itu.

https://www.youtube.com/watch?v=knzgu3cURBc

https://www.youtube.com/watch?v=9E2ZWk3Tx20

Dek kerana penangan Zayn Malik, hashtag #alwaysinourheartsZaynMalik menjadi trending di Twitter sepanjang hari ini.

Zayn dikatakan meninggalkan kumpulan hasil didikan Simon Cowell itu kerana ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain di luar sana.


Sebelum ini, Zayn dikatakan kantoi curang dengan tunangnya, Perrie Edwards di Thailand, baru-baru ini sehingga memaksanya serta-merta pulang ke United Kingdom bagi menjelaskan perkara tersebut kepada Perrie.

article-0-1A8435A000000578-422_634x414
Zayn dan tunang, Perrie Edwards.

Malah tak kurang juga ada peminat melabelkan Perrie seakan-akan Yoko Ono masa kini, sama seperti mana peranan yang dimainkan oleh isteri John Lennon, Yoko Ono yang dituduh telah menghasut Lennon untuk meninggalkan kumpulan lagenda The Beatles ketika di zaman kegemilangan mereka pada 1970. – MYNEWSHUB.CC

 perrie

perrie1

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori