Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelancong Iran Berjaya Tangkap...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas seorang lelaki warga Iran menangkap peragut yang dipercayai...

Kumpul Duit Syiling Demi...

JIKA anda terjumpa sekeping wang syiling 5 sen terjatuh di atas jalan, adakah...

Jangan Gunakan RUU 355...

OLEH: Zainal Rashid Ahmad DALAM kaedah fekah, terdapat teras kaedah pemikiran yang strategik dan...

Pemandu Teksi Terus Dirundung...

KUALA LUMPUR - Lagi berita kurang menyenangkan buat pemandu teksi di seluruh negara! Grab...

Pelakon Hantu Kak Limah, Azwan Annuar Meninggal Dunia

DUNIA hiburan kehilangan seorang pengiat seni apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

meninggal

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung secara mengejut.

Menurut kakak Allahyarham, Azzah Annuar, adiknya sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas Zohor hari ini.

Wartawan Zuan Azmi menyifatkan Allahyarham sebagai individu yang suka membantu dan ceria.

“Azwan seorang yang banyak membantu dalam setiap urusan yang dikendalikannya dan seorang yang sentiasa tersenyum serta gembira semasa hayatnya,” ujar Zuan menerusi Instagram.

Menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Allahyarham memegang watak sebagai Wan Kaswi yang sangat sinonim dengan tagline ‘sabo aje lah’.


Screen Shot 2015-04-18 at 2.07.05 PM

Bagi penggemar filem tersebut, mereka tentu ingat salah satu adegan paling lucu dalam filem tersebut iaitu Allahyarham ditinggalkan di balairaya berseorangan bersama Hantu Kak Limah.

Allahyarham juga pernah terlibat dalam filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya.

Screen Shot 2015-04-18 at 2.05.18 PM

Al-Fatihah..

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=EjP2Zg2kT2A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori