Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Kelantan Raja Berjiwa...

KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan...

Siti Rai Ulang Tahun...

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang...

DAP Melaka Nafi Kerajaan...

MELAKA - Walaupun desas-desus mengenai pembentukan kerajaan Pakatan Nasional semakin menjadi-jadi, tetapi DAP...

Anjur Program Kesenian Waktu...

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) diminta untuk menganjurkan program-program kesenian pada waktu malam...

Gara-Gara Simbol 3 Jari Mockingjay I Disekat Pawagam Thailand

Apex, salah satu syarikat panggung wayang di Thailand memutuskan tidak menayang sekuel filem francais Hunger Games iaitu Mockingjay I gara-gara simbol jari digunakan dalam filem tersebut.

Keputusan dilakukan susulan tindakan kerajaan negara gajah putih itu menahan lima pelajar selepas mereka menggunakan simbol 3 jari ketika melakukan protes, selain mengenakan t-shirt memaparkan mesej berbaur politik.

BACA: Padah Salam 3 Jari, 5 Pelajar Ditahan Junta Tentera Thai

THAILAND-POLITICS-PROTEST

Dalam filem tersebut, watak Katniss Everdeen yang didukung oleh pemenang Academy Awards, Jennifer Lawrence menggunakan simbol tiga jari sebagai mewakili tanda kebebasan.

giphy


Jurucakap panggung bagaimanapun berkata keputusan tersebut tiada kaitan dengan insiden lima pelajar, namun ada kena mengena dengan ideologi politik dalam filem tersebut.

Ujarnya, “Kami berasakan bahawa panggung kami dipergunakan sesetengah pihak dalam menggerakkan pemikiran politik.”

Begitu pun para peminat filem di sana tidak perlu bimbang kerana syarikat pawagam lain masih meneruskan tayangan filem tersebut yang dijadualkan bermula hari ini.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori