Orlando Bloom Nafi Gosip Bercinta Dengan Kendall Jenner

PELAKON kacak Orlando Bloom menepis dakwaan mengatakan dia kini sedang bercinta dengan model yang semakin meningkat naik namanya, Kendall Jenner.

Menurut aktor berketurunan British itu, gosip tersebut adalah sama sekali tidak benar memandangkan dia langsung tidak mengenali adik kepada sosialit terkenal Kim Kardashian itu.

“Saya tidak kenal Kendall Jenner tapi kalau kamu ada nombor telefonnya berilah kepada saya,” ucapnya secara berseloroh.

Jika Orlando mengakui masih solo, bekas isterinya, Miranda Kerr pula sudah berjumpa dengan pengganti Orlando.

Miranda, 32, dilaporkan sedang hangat memadu asmara dengan Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi Snapchat, Evan Spiegel yang muda tujuh tahun daripadanya. – MYNEWSHUB.CC

miranda