Orlando Bloom Dan Kendall Jenner Kini Berpacaran?

KISAH percintaan model serta bintang televisyen sensasi Hollywood, Kendall Jenner memang jarang sekali menjadi perbualan media tempatan serta orang ramai.

Berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, kehidupan adik tiri kepada Kim Kardashian ini dilihat lebih terpelihara serta mempunyai privasi.

Namun kali ini Kendall, 19, digosipkan sedang berpacaran dengan pelakon kacak, Orlando Bloom.

Walaupun cuba mengekalkan kisah percintaan sebagai satu privasi, menurut beberapa sumber tempatan, mereka berdua dilihat telah keluar bersama beberapa kali termasuk hadir ke tayangan filem di Los Angeles.

Walau bagaimanapun, tiada kata putus yang dapat mensahihkan hubungan mereka ini termasuk daripada kedua-dua belah pihak.

kendll-orlando-rex-large

Kendall sebelum ini juga pernah dikaitkan sedang bercinta dengan Nick Jonas namun mereka menafikan hubungan itu.

Orlando, 38, yang popular menerusi filem francais ‘Pirates of The Carribean’ sebelum ini pernah berkahwin dengan model terkenal yang juga rakan Kendall dalam bidang modeling, Miranda Kerr dan mempunyai seorang anak bernama Flynn.

Miranda juga dilihat telah melupakan kisah silamnya dan meneruskan kehidupan dengan kekasih barunya, Evan Spiegel. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=n8Ac41kQqNg

Loading...