One Direction Berpecah Setahun, Tumpu Projek Solo

PEMINAT setia boyband paling popular One Direction (1D) pastinya meratapi perkhabaran terbaharu mengenai kumpulan kesayangan mereka ini.

Mana tidaknya, di sebalik zaman kegemilangan mereka, kesemua ahli kumpulan terbabit, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Luois Tomlinson mengambil keputusan untuk berehat dari 1D dan menumpukan kepada projek nyanyian solo masing-masing bermula Mac depan.

Memetik sumber terdekat 1D, “Mereka sudah lima tahun bersama dan kini merupakan masa yang terbaik buat mereka menumpukan diri terhadap karier solo masing-masing. One Direction memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk merealisasikan projek solo. Tiada sebarang pergaduhan atau perbalahan di antara mereka sebaliknya ini merupakan keputusan yang dipersetujui bersama oleh keempat-empat mereka.”

“Hal ini pastinya bukan merupakan satu perpecahan sebaliknya mereka berkata akan terus kekal sebagai One Direction di masa akan datang.

Sehubungan pengumuman itu, mereka bakal menjayakan konsert terakhir 1D di Sheffield’s Motorpoint Arena, Britain pada 31 Oktober ini.

Sebelum ini, Zayn Malik yang merupakan anggota asal 1D membuat keputusan keluar daripada kumpulan yang diasaskan oleh mogul muzik, Simon Cowell Mac lalu kerana ingin menjalani kehidupan biasa, namun akhirnya mengakui dia mahu meneruskan impiannya bergelar penyanyi solo sebaik meninggalkan rakan-rakannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Zayn Malik Tinggalkan One Direction, Mahu Jalani Hidup Biasa

Zayn Malik SPEAKS OUT After Quitting One Direction

Loading...