Nora ‘Panas’ Dengan Wartawan, “Takkan Tu Pun Nak Buat Story?”

Menerusi ruang hiburan ‘Cik Pang’ dalam akhbar Metro Ahad semalam, seorang wartawan tak beridentiti telah menyebarkan satu khabar angin tentang tindakan pelakon kecil molek, Nora Danish memecat pengurusnya menerusi aplikasi Whatsapp.

Lagi tambah panas, Nora dituduh melakukan perbuatan itu tanpa memberi notis 24 jam!

Tak terhenti di situ, artikel sama menyatakan bahawa tunjang utama filem Hantu Bungkus Ikat Tepi itu telah melantik kekasih hatinya, Nedim Nazri sebagai pengurus terbaru. Eh, betul ke cerita ni?

Nora Danish Pecat Pengurus, Ganti Dengan Nedim?

Selepas artikel tersebut menjadi perbualan pengikut dunia seni di ruangan media sosial, Nora bertindak memuat naik satu kenyataan menerusi Instagram peribadinya bagi menafikan dakwaan ‘Cik Pang’.

Kalau diamati, lenggok bahasa yang digunakan Nora sememangnya semacam bengang dengan penulisan artikel itu. Yelah, mana tak marah kalau seseorang menulis sesuatu yang tak benar, kan?

Nah, bacalah sendiri luahan hati Nora.

Untitled

Memuat naik sebahagian artikel tulisan ‘Cik Pang’, Nora berkata, “Dakwaan yang tak berasas. Siapa yang saya berhentikan itu hak saya sebagai boss.

“Ibarat saya berhentikan pekerja di cafe saya takkan tu pun nak buat story?”

Selain itu, dia turut menafikan dakwaan bahawa Nedim kini bertindak sebagai pengurusnya, lantas memberi amaran agar tidak mengaitkan cerita tersebut dengan anak kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu.

“Dia seorang businessman yang dihormati. Sila semak status seseorang sebelum nak tulis story ok. Menjatuhkan reputasi seseorang dengan fakta yang tidak berasas adalah salah sama sekali.”

Dalam kenyataan sama, Nora turut mempertikaikan wartawan tersebut yang semberono menulis artikel tersebut tanpa menghubunginya sendiri untuk pengesahan.

“Cik Pang lain kali call dulu k, nanti kena pelempang pulak.”

Amboi, garang juga Nora, kan? Apapun, usahlah membuat sebarang telahan tentang tindakannya memberhentikan pengurusnya itu, pastinya dia punyai alasan tersendiri.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Segmen HLive! ‘Kenal Ke’ Bersama Nora Danish & Nedim Nazri

Loading...