Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

DAP Mohon Ampun Pada...

KUALA LUMPUR - DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffudin...

Polis Nafi Dakwaan Remaja...

KUANTAN - Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani menafikan dakwaan seorang...

Pemilihan Presiden MIC Oleh...

SUBANG JAYA - Proses pencalonan dan pemilihan jawatan Presiden MIC yang dijalankan penyokong...

Polis Rekod 40 Individu...

GEORGE TOWN - Polis merekodkan keterangan 40 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian...

Nita Hamzah Temui Cinta Baru, Segan Cerita Lebih-Lebih

LAMA sungguh kita tidak mendengar perkhabaran baru mengenai naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 33.

Kalau ada pun, sewaktu dia sedang hangat bercinta dengan Zahid AF sebelum kedua-duanya memilih haluan sendiri pada tahun 2010.

Terbaru, Nita rupa-rupanya sedang menikmati musim indah percintaan dengan jejaka bernama Mohd Fareez, 26.

“Seganlah nak cerita mengenai kisah peribadi. Cukuplah yang orang tahu setakat itu. Saya tak mampu menebak apa yang bakal terjadi pada mendatang. Insya-Allah doa yang baik-baik saja,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Mungkin kali ini Nita memilih untuk tidak terlalu mendedahkan sisi peribadinya kepada media berdasarkan pengalaman lalu.

Apapun, kami tertanya-tanya juga bilakah dia akan kembali semula ke persada seni secara serius seperti sebelum ini?


Kasihan peminat yang mungkin masih mengharapkan kemunculan Nita sehingga ke hari ini.

Apapun, untuk makluman semua, penyanyi itu akan membuat persembahan di Hard Rock Cafe (HRC) Kuala Lumpur pada 19 Oktober ini bersempena kempen Pinktober 2014 bersama rakannya, Dina Nadzir.

 

Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori