Nicki Minaj Hentam Miley Cyrus Ketika Ucapan VMA

HANGAT! Kontroversi di antara dua bintang terkemuka di Hollywood, Nicki Minaj dan Miley Cyrus ternyata menjadi perhatian utama media hiburan di sana sejak insiden yang berlaku di Anugerah Muzik Video (VMA) MTV ahad lalu.

Nicki, 32, yang merangkul anugerah Video Hip-Hop terbaik 2015 telah bertindak menghentam Miley di hadapan penonton ketika memberi ucapan kemenangannya.

Insiden tersebut berlaku rentetan komen pedas yang dibuat oleh Miley mengenai penyanyi rap itu ketika sesi temubual dengan surat khabar New York Times baru-baru ini.

48035554.cached
Miley Cyrus dikatakan beri komen pedas pada media mengenai Nicki Minaj baru-baru ini.

Miley telah membuat komen mengenai isu muzik video Anaconda yang dipopularkan oleh Nicki kerana terkeluar serta tidak tersenarai daripada pencalonan kategori Muzik Video Terbaik 2015.

Berang dengan tindakan Miley yang pernah merangkul anugerah Muzik Video Terbaik 2014 menerusi lagu Wrecking Ball, Nicki secara khususnya telah memanggil dan menghentam Miley yang juga hos anugerah pada malam itu.

“And now, back to this b**th that had a lot to say about me in the press, Miley, what’s good?” kata Nicki.

485995546
Nicki Minaj dengan lantangnya menghentam Miley Cyrus ketika memberi ucapan kemenangannya di VMA 2015.

Keadaan itu telah mengejutkan penonton termasuk rakan artis yang hadir, Nicki seperti tidak berpuas hati dengan tindakan Miley yang mengatanya dari belakang.

Walau bagaimanapun, Miley juga ternyata seorang yang lantang dengan segera dia membidas persoalan Nicki dengan menyatakan Nicki perlu tahu peranan media yang suka memanipulasikan semua cerita artis.

“We’re all in this industry. We all do interviews. We know how they all manipulate,”  balas Miley.

miley-cyrus
Miley Cyrus dengan tenang bidas kenyataan Nicki Minaj ketika itu.

Acara tersebut kemudiaannya berjalan seperti biasa namun terasa sedikit ‘ganjil’ selepas berlakunya pertelingkahan tersebut.

Sebelum ini, Nicki pernah ‘bercakaran’ dengan Taylor Swift di laman makro twitternya sebelum menjelang anugerah yang sama.

[TAYLOR SWIFT DAN NICKI MINAJ BERCAKARAN DI TWITTER]

Salah faham antara mereka berdua itu kemudiannya disertai oleh seorang lagi artis popular iaitu Katy Perry namun keadaan menjadi reda selepas kedua-duanya memohon maaf secara terbuka.

Kini keadaan kembali panas selepas Miley menyalakan kembali api kemarahan Nicki pada malam anugerah berprestij itu.

Semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan harap mereka berdua akan berdamai serta selesaikan salah faham ini dengan cara yang baik. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Video Nicki Minaj berhadapan dengan Miley Cyrus di VMA 2015

Ucapan penuh Nicki Minaj ketika merangkul anugerah Muzik Video Hip-Hop Terbaik 2015

https://www.youtube.com/watch?v=45nf-fCbyoQ

Loading...