Nick Jonas Nafi Gosip Bercinta Dengan Kendall Jenner

PENYANYI Nick Jonas menafikan khabar angin mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan model jelita, Kendall Jenner.

Kendal Jenner merupakan adik tiri kepada bintang siri realiti popular, Kim Kardashian.

Memetik Eonline, Nick berkata, “kami tidak pernah berpacaran. Kendall memang seorang wanita yang menawan, dia merupakan kawan baik Gigi Hadid dan memandangkan kini Joe (abang Nick) sedang bercinta dengan Gigi, memang kami nampak macam sentiasa keluar bersama.”

joe
Joe Jonas dan kekasihnya, Gigi Hadid yang merupakan sahabat baik Kendall Jenner.

Nick baharu sahaja putus cinta dengan Ratu Cantik Amerika 2012, Olivia Culpo Jun lalu selepas dua tahun bersama.

nick1

Menurut penyanyi yang popular dengan single Jealous ini, buat masa ini dirinya lebih senang bersendirian daripada melibatkan diri dengan komitmen cinta.

“Saya kini mahu memberikan lebih fokus dalam kerjaya. Saya rasa sangat bersemangat dengan segala projek nyanyian yang menanti di masa hadapan,” katanya.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 23 itu kini sedang giat mempromosikan single pertama daripada album keduanya, Levels selain bakal melancarkan konsert jelajah pada 6 September ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...