Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Galak Peniaga Bazar Guna...

PARA peniaga bazar digalakkan menggunakan pembungkus makanan dan minuman daripada bahan mudah lupus...

Kantoi… Netizen Anti-BN Fitnah...

BONGKAR... Mungkin tiada isu besar hendak dimainkan untuk hasut rakyat benci Barisan Nasional...

Raih RM40 Juta, Munafik...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17...

Siasat Kebarangkalian Kemasukan Pengganas...

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menyiasat sebarang kebarangkalian kemasukan...

Munafik.. Naskhah Seram Dan Islamik Dari Syamsul

SETELAH hampir dua tahun menyepikan diri dari bidang pengarahan, Syamsul Yusof kembali dengan filem seram terbaharu, Munafik yang bakal menggabungkan elemen seram dan islamik dalam satu naskhah yang sama.

Mengakui jalan cerita Munafik sedikit sebanyak mengisahkan mengenai dirinya yang semakin berhijrah ke arah kebaikan, Syamsul berkata dia ingin memberikan pengetahuan kepada penonton selain mengupas persoalan mengenai munafik.

“Mana-mana sahaja saya pergi selain filem KL Gangster, mereka tanya saya bila nak buat filem seram, tak ada ke Khurafat 2… Memang dah lama idea Munafik ni saya simpan, jadi boleh kata ia comeback untuk saya datang balik dalam industri sebagai seorang pengarah dan penulis skrip.

“Saya rasa filem inilah yang paling tepat kena dengan jiwa saya. Mungkin apa yang berlaku dalam KL Gangster 2 dulu sedikit sebanyak memberi input buat saya dalam Munafik,” kata Syamsul ketika ditemubual Mynewshub semasa majlis pelancaran filem tersebut di Restoran Haslam, Jalan Pahang, baru-baru ini.

Menurut suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana ini lagi, dia mendapat idea untuk menghasilkan Munafik selepas banyak menghadiri ceramah-ceramah agama yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat buruk tersebut.

Begitu pun menurut Syamsul, dia bukanlah mahu mengajar sebaliknya hanya ingin berkongsi perkara itu dalam bentuk filem yang lebih mudah diterima masyarakat Malaysia.

“Ketika menghadiri kuliah agama ustaz-ustaz akan bercerita tentang banyak sifat mazmumah tapi munafik ni betul-betul menyentap hati saya, sehingga orang yang munafik ini diletakkan di neraka paling bawah sekali.

“Benda ini perlu diangkat dan diberitahu kepada masyarakat. Bukan maksud saya nak sekolahkan orang apa itu munafik tapi sekurang-kurangnya filem ini dapat beri pengetahuan apa itu munafik kepada penonton,” ujarnya lagi.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta itu dibintangi oleh Syamsul, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Sabrina, Datuk Rahim Razali dan A.Galak.


Ia mengisahkan seorang pengamal perubatan Islam, Adam lakonan Syamsul yang tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam seterusnya melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria (Nabila Huda) yang diganggu makhluk halus.

Filem seram kedua arahan Syamsul itu bakal ditayangkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Jika Munafik mendapat sambutan yang mengalakkan, Syamsul mengakui sudah mempunyai perancangan untuk menerbitkan sekuel filem itu di masa akan datang.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=IeG3CPPBQp8

Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori