Mesra Semacam.. Ini Bukti Kamal Adli, Emma Sedang Bercinta?

Nampaknya tak habis-habis lagi kontroversi yang mengkaitkan nama Kamal Adli bersama pelakon jelita, Emma Maembong.

BACA: Birthday Zizan, Kamal Adli.. Emma Maembong Di Mana?

Semuanya bermula apabila ada sebuah akhbar tempatan melaporkan Kamal Adli menjemput Emma di lapangan terbang hingga didakwa sebagai orang ketiga yang menjadi punca perpisahan Zizan dan Emma.

Meskipun masing-masing menafikan dakwaan yang disifatkan tidak benar dan tidak berasas itu muncul pula beberapa keping gambar yang bagaikan menjawab persoalan dan tekaan peminat.

Gambar yang dikongsi oleh Roti Kaya ini nyata mengejutkan ramai apabila pasangan selebriti ini dilihat begitu mesra dan akrab bersama di sebuah gerai makan.

Bukti-Kamal-Adli-Emma-Maembong-Kini-Bercinta-ROTIKAYA20150504_3416-745x750

Bukti-Kamal-Adli-Emma-Maembong-Kini-Bercinta-ROTIKAYA20150504_3417-744x750

Kemesraan pasangan selebriti ini seolah-olah menjelaskan Kamal dan Emma sudah bersedia untuk mendedahkan kisah baru antara mereka.

Apatah lagi, mereka sendiri sudah sedia maklum sebagai selebriti pasti ada mata yang memerhati.

Jika benar, baguslah dua-dua pun sudah kembali solo.

Erm.. kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Roti Kaya

Loading...