Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

“Bersama Rakyat Besar Ertinya...

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini,...

JPJ Saman Polis Trafik.....

Berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini.Terbaru, seorang...

Bunuh, Bakar Bekas Isteri...

SONGKHLA - Seorang lelaki Thailand didakwa atas empat tuduhan bunuh dan menyembunyikan mayat...

Kastam Tumpas Penyeludupan Rokok...

PETALING JAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok...

Masih Sayang.. Zamarul, Diana Rafar Nikah Semula 16 Mei Ini

SEBELUM ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai pihak apabila pasangan ini mengakui sudah sah bercerai secara diam-diam sejak 15 Januari lalu.

Namun, ternyata jodoh pasangan ini masih kuat untuk hidup bersama.

Memilih untuk ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, Zamarul dan Diana bakal bernikah sekali lagi pada 16 Mei ini untuk kembali hidup bersama setelah empat bulan berpisah.

Dalam laporan Harian Metro, Diana mengakui memegang gelaran ibu tunggal selama empat bulan bukan sesuatu yang mudah bagi dirinya.

Apatah lagi, perpisahan ini membuatkan perasaan sayang Diana terhadap Zamarul semakin bertambah.

4

“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga.


“Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya yang menganggap perceraian lalu ada hikmah buat mereka.

Sementara itu, Zamarul meluahkan keyakinannya yang jodoh mereka pasti terjalin semula cepat atau lambat.

Pastinya berita ini dinanti-nanti oleh peminat hiburan yang sentiasa mendoakan agar pasangan selebriti ini disatukan kembali.

Diharap moga Zamarul dan Diana bahagia hingga akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori