Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Rakyat Malaysia...

KULIM - Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan...

Piala Sumbangsih: Kemenangan JDT...

KUALA LUMPUR - Kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Selangor malam...

Pemilik Bengkel Motosikal Diberi...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada pemilik bengkel motosikal supaya...

Gempa Bumi: 11 Pelajar...

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 dari kesemua 18 pelajar Malaysia di daerah Kumamoto, Jepun...

Mamat Khalid Selamat Jalani Prosedur Angioplasti

PENGARAH terkenal, Mohamad Mohd Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas baharu sahaja selesai menjalani pembedahan angioplasti di Hospital Assunta, Petaling Jaya, sebentar tadi.

BACA:  Kena Serangan Jantung, Hajat Hadiri FFM Terpaksa Dibatalkan 

Menurut anak perempuan Mamat, Nor Sara Mohamad, 23, prosedur angioplasti yang dijalani bapanya adalah rawatan untuk mengembangkan kawasan arteri yang tersumbat.

“Papa dah selamat menjalani prosedur angioplasti dan keadaannya sekarang sudah semakin stabil. Terima kasih di atas kiriman doa yang dititipkan buat papa saya,” katanya kepada Mynewshub, sebentar tadi.


Semalam, Mamat terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung dan dirawat di Unit Jagaan Koronari (CCU).

Mamat dilaporkan akan berehat daripada sebarang aktiviti seni selama dua minggu susulan masalah kesihatan yang dihidapinya. MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori