Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mazlan Mansor Pengarah JSJK...

KUALA LUMPUR - Datuk Mazlan Mansor hari ini dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan...

Bella Dan Emran Bernikah...

JUMAAT merupakan hari yang paling mulia bagi agama Islam serta penghulu segala hari....

Foto Fasha Terlajak’ Mesra...

MEDIA sosial sepatutnya digunakan secara baik dan bukannya untuk menyebarkan 'kuasa' negatif. Tapi...

“Ia Buat Saya Gila”...

EKORAN perubahan hormon ketika hamil, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dirinya kini berdepan dengan masalah kulit...

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul kerana gagal hadir pada prosiding perbicaraan kes dadah yang dihadapinya, tiga tahun lalu.

BACA: Zarina Dedah Lelaki ‘Acah Acah’ Alim, Tapi Tak Senonoh

Perintah itu dibacakan oleh Majistret Mohd. Nazri Omran berikutan pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Anak Pontinak’ ini gagal hadir buat kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Manakala, rakannya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29 tahun; yang didakwa bersama-sama Zarina hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Zarina dan Mohamad Fakhruzaim ditahan memiliki dadah jenis Methamphetamine di alamat No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012.


Atas kesalahan itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika disabitkan bersalah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori