Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Geledah Pejabat PKR...

ENAM anggota polis dilaporkan menyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana...

Kemasukan Bekas Pemimpin UMNO...

KUALA LUMPUR - Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Atlet Afrika Selatan Diserang,...

ATLET triathlon Afrika Selatan, Mhlengi Gwala bergelut untuk menyelamatkan kakinya yang cedera selepas...

Guru Maut, Kereta Kancil...

REMBAU - Seorang guru maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah...

Maharaja Lawak Mega Antara Trending Google M’sia 2015

PASTI ramai dalam kalangan kita pada hari ini akan bersetuju sekiranya rancangan realiti komedi, Maharaja Lawak Mega terbitan Astro dinamakan sebagai rancangan komedi terbaik dan paling menarik untuk ditonton.

Ini kerana rancangan tersebut mampu untuk menyajikan koleksi lawak-lawak yang menarik dan bersahaja.

Selain itu, persembahan mantap yang dilakonkan oleh para peserta yang dipilih untuk menyertai rancangan ini juga dilihat menjadi pendorong kepada penerimaan luar biasa masyarakat Malaysia.

Persembahan mantap kumpulan-kumpulan yang bertanding juga mampu membuatkan penonton tidak kering gusi setiap kali rancangan ini ke udara.

Terbaharu, rancangan ini telah tersenarai dalam 10 carian paling trending di Malaysia untuk tahun 2015.


Menerusi senarai yang dikeluarkan oleh Google Malaysia, program Maharaja Lawak Mega menduduki tempat ke-4 serta mendahului filem terkenal Hollywood, Fast & Furious 7 yang dibintangi mendiang Paul Walker.

Selain berjaya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri, rancangan Maharaja Lawak Mega juga berjaya memenangi kategori Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) dua tahun berturut-turut di Anugerah Lawak Warna 2013 dan 2014. – Sumber: Astro warna

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wxTY8m1uAzU]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori