Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Nikahi Ibu...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan ahli perniagaan Hafiz Hamidun yang khabarnya tidak lama...

4 Rakyat Palestin Dibunuh...

RAMALLAH - Empat rakyat Palestin dibunuh tentera Israel manakala hampir 1,778 orang lagi...

JPJ Laksana Tender Nombor...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem tender dalam talian (e-bidding)...

Ramdan Rosli : Saya...

Anak muda kelahiran Klang ini sememangnya boleh dibanggakan atas pencapaiannya dalam meraih pelbagai...

LY Baiduri Tampilkan Bakat Baru Menerusi Album Kalimah Sakti

Siapa yang tidak mengenali dengan pasangan komposer dan penulis lirik, LY dan Baiduri yang popular dengan karya-karya mereka dalam industri hiburan tanah air.

Memiliki syarikat rakaman Kelarai Sakti Sdn Bhd, pasangan itu telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk Kalimah Sakti dengan mengetengahkan bakat-bakat baru seperti  Redza Hamid dan Ikhwan Fatanna pada Disember lalu.

Pasangan yang pernah menempa kejayaan menerusi lagu-lagu popular seperti Aku Cinta Padamu oleh Dato’ Siti Nurhaliza, Bayangan Gurauan oleh Rahmat Mega dan Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz Suip itu turut menampilkan Riz Zaizizi dalam album berkenaan.

Riz Zaizizi yang pernah dikenali dengan Riz AF6 menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 itu kini tampil lebih kemas dan masih giat aktif dalam bidang nyanyian.

riz

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album Kalimah Sakti itu adalah Sempurnakan Aku dan Dia oleh Riz, Hanya Dalam Mimpi oleh Redza dan Jatuh Cinta oleh Ikhwan.

Lagu-lagu ciptaan sepenuhnya oleh LY dan Baiduri ini sekarang sudah mula berkumandang di stesyen-stesyen radio tempatan.

ikhwan

 


 

redza

Mereka kini yang merupakan artis dibawah didikan LY dan Baiduri sedang giat mengadakan program-program bagi mempromosikan album tersebut.

Kepada peminat-peminat yang merindui penampilan Riz Zaizizi dan terpesona dengan bakat penyanyi baru seperti Redza Hamid dan Ikhwan Fatanna, dapatkan segera album Kalimah Sakti di pasaran.

– MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori