Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Di Gunung...

SEREMBAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Gagak, Rembau dekat sini...

Kesihatan YDP Agong Tidak...

KUALA NERANG - Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,...

Tips Memakai Dan Penjagaan...

TENTU ada antara anda yang berasakan diri kelihatan lebih yakin sewaktu memakai kanta lekap....

Mourinho Salahkan Pemain, Akui...

JOSE Mourinho mengakui dia tidak terkejut dengan kekalahan Manchester United pada aksi Liga...

Lucu.. Miley Cyrus Jadi Anak Kim Kardashian Di Instagram

WAJAH North West iaitu anak kepada pasangan bintang Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West hari ini kelihatan berbeza dan lucu sedikit.

Mana tidaknya, penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi dalam muzik video Wrecking Ball tahun lalu, Miley Cyrus telah menampal wajahnya ketika kecil pada muka anak Kim Kardashian itu dengan kapsyen ‘DAD’.

https://instagram.com/p/0bI9fhwzGl/?taken-by=mileycyrus

Kelakar, tindakan penyanyi We Can’t Stop itu segera mendapat perhatian umum dan pihak media Hollywood.

Selepas menjadikan dirinya bahan ketawa sebagai anak Kanye West, Miley turut memuat naik videonya menari menggoyangkan pinggul atas katil hotel.

Sehari sebelum itu, Miley turut memuat naik gambar North West bersama Kim Kardashian yang telah diedit.

https://instagram.com/p/0bKrK_wzJV/?taken-by=mileycyrus


https://instagram.com/p/0Ytqw_wzJb/?taken-by=mileycyrus

Miley yang kini berada di Austin, Texas bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya yang akan membuat persembahan di Festival SXSW esok dipercayai melawak menggunakan keluarga Kim Kardashian sebagai ‘bahan’ kerana sedang bosan.

Manakan tidak, teman wanita pelakon Patrick Schwarzenegger ini, menghabiskan kebanyakan masanya menunggu di bilik hotel sahaja.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Qa0BAIO6WXM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori