Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Puluhan Orang...

LOS ANGELES - Pihak berkuasa berkata, puluhan penduduk masih belum dapat dikesan susulan...

Inspektor Polis Dijel 2...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mensabitkan dan menjatuhi hukuman penjara...

19 Ahli Geng Kabali...

SEREMBAN - Seramai 19 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

Wang Penduduk Sering ‘Lesap’,...

PENDUDUK Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor menjadi buntu dan kebinggungan apabila wang milik...

Lagu Daiyan Trisha Mahu Bantu Penghidap Depresi

SEBELUM menjadi artis popular, bakat pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha pada awalnya dikesan oleh peminatnya melalui YouTube.

Baru-baru ini Daiyan muncul dengan single terbaharu yang berjudul Kita Manusia, hasil ciptaan Daiyan bersama Omar K dan liriknya pula ditulis oleh Daiyan sendiri.

Khabarnya, lagu ini dihasilkan bertujuan untuk menaikkan semula semangat apabila seseorang individu sedang berada dalam fasa kejatuhan dalam hidupnya.

“Saya mencipta sebuah lagu tentang masalah mental berjudul Kita Manusia untuk memberikan kesedaran bahawa tidak salah untuk bersedih namun sebagai manusia kita perlu bangun balik dan tidak mudah menyerah,” katanya dipetik Astro Gempak.

Single ini turut menjadi pencetus kepada kempen ‘Kita Manusia’ yang dituju kepada sesiapa sahaja yang mengalami kemurungan atau golongan yang sering dibuli mahupun individu yang berdepan dengan masalah mental.

Menurut Daiyan, lagu itu dicipta berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui oleh beberapa penggiat seni tanah air. Antaranya, penyanyi Fynn Jamal, model Alicia Amin, penyampai radio Thevanesh Rao serta beberapa individu yang lain.

Penyanyi berusia 24 tahun ini turut mengakui yang pernah mengalami kemurungan dan berada dalam fasa mental breakdown pada tahun lalu.

Daiyan turut menyatakan yang masalah-masalah yang dihadapinya ketika itu turut menyumbang kepada kemurungan yang dialaminya.


“Kemurungan yang saya lalui tidak teruk sampai perlu mengambil ubat-ubatan namun saya berdepan pengalaman mental breakdown sepanjang tempoh itu.

“Saya tidak tahu dengan siapa mahu bercakap dan meluahkan apa yang saya pendam sampailah saya terpaksa menangis seorang diri.

“Pelbagai masalah datang serentak! Masalah peribadi, keluarga, kerjaya dan pelajaran sampaikan saya sendiri mempersoalkan perkara yang tidak patut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Daiyan kini sedang sibuk dengan pengambaran drama bersiri berjudul Coffee Prince yang turut dibintangi Janna Nick dan Fattah Amin. Daiyan juga akan muncul dalam filem Busker yang akan ditayangkan di pawagam pada awal tahun hadapan.

Mungkin setiap individu, bukan sahaja yang sedang mengalami kemurungan perlu bersemangat bangkit semula menghayun langkah selepas mengalami tekanan hidup. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori