Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Sebenar Remaja Ditemui...

SEJAK Khamis, beberapa laman sosial didapati sibuk memperkatakan tentang kisah remaja berusia 13 tahun,...

Dewan Rakyat: Tempat Duduk...

KUALA LUMPUR - Berlaku perubahan tempat duduk dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen blok...

Pemandu Mabuk Langgar 2...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum...

Lantikan S Gobi Krishnan...

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan...

Kylie Jenner Akui Lebih Suka Caitlyn Berbanding Bruce

SEMESTINYA sukar untuk seorang anak melihat transformasi luar biasa yang dilakukan ayahnya apabila insan tersebut bertukar menjadi seorang ‘wanita’.

Namun bagi Kylie Jenner, dia sama sekali tidak berasa kekok dengan transformasi yang dilakukan oleh bapanya, Bruce Jenner.

Malah akuinya, sejak Bruce berubah menjadi seorang wanita, hubungan nyata lebih akrab dan mereka bebas berkongsi pendapat dalam pelbagai perkara.

Kylie yang ditemubual oleh Ellen D’Generes mengakui, hidupnya kini lebih ceria apabila mempunyai seorang ‘bapa’ yang boleh berkongsi bukan sekadar topik perbualan biasa, malahan berbual mengenai mekap dan tatarias, baju terbaru dan segala yang menjurus ke arah keperibadian dan kecantikan.

Dia turut mendedahkan, pernah melihat bapanya berkelakuan pelik dengan menyarungkan pakaian wanita sewaktu berusia 6 hingga 7 tahun namun tidak mengendahkannya dan mereka sekeluarga tidak pernah bercakap mengenai perkara tersebut.


Tambahnya, dia berasa gembira melihat kehidupan ‘bapanya’ yang kini lebih ceria. Sebagai seorang anak, dia berbangga dengan keberanian Bruce dan akan terus menyokong apa sahaja pilihan yang dilakukan untuk kehidupannya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SyafikJalil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori