Kim Kardashian Nafi Ejek Taylor Swift Di Twitter

NAMPAK gayanya Anugerah Video Muzik (VMA) yang bakal berlangsung pada bulan hadapan sudah dipanaskan dengan pelbagai kontroversi.

Sebelum ini tercetus isu dua penyanyi berpengaruh dalam industri muzik di Hollywood, Taylor Swift dan Nicki Minaj ‘bercakaran’ di laman makro twitter kerana berebut takhta anugerah video terbaik tahun ini.

[TAYLOR SWIFT DAN NICKI MINAJ ‘BERCAKARAN’ DI TWITTER]

Baru mula reda isu tersebut, kini bintang sensasi Kim Kardashian pula mencetuskan kontroversi di laman twitter apabila dikatakan telah mengejek Taylor Swift.

Isteri kepada Kanye West itu telah memuat naik satu gambarnya sedang membuat sesi penggambaran bersama Vouge Spain dengan kapsyen ‘Imma let you finish but..’ sekaligus menghangatkan lagi situasi sekarang.

Jika peminat masih ingat, ayat yang dijadikan kasyen gambarnya itu pernah diucapkan oleh suami Kim, Kanye West ketika mengganggu ucapan kemenangan Taylor pada majlis yang sama pada tahun 2010.

kanye_shrug_071813

Walau bagaimanapun, Kim menafikan dakwaan yang dibuat dan menyatakan kapsyen yang dimuat naiknya itu tiada kena mengena dengan industri muzik lalu memadamnya semula supaya isu itu tidak berlanjutan.

– MYNEWSHUB.CC

Video Kanye West ganggu ucapan kemenangan Taylor Swift di Video Music Awards 2010

Loading...