Kes Khalwat Beri Kesan Buruk Pada Kerjaya Lakon – Shah Jaszle

INDUSTRI hiburan negara satu ketika dahulu pernah digemparkan berhubung isu pelakon sensasi Shah Jaszle, 27, atau nama sebenar Shahrizal Jaszle Jasmin ditangkap basah bersama seorang wanita tanggal 16 Mei 2013.

Rentetan daripada peristiwa berkenaan, Shah Jazsle mengakui kehidupan peribadi serta perjalanan kariernya terjejas teruk. Tawaran berlakon juga semakin kurang diterima dan ini menjadikan perjalanan kariernya sebagai pelakon makin malap.

Tambahnya, “Apa yang dirancang wanita itu berjaya, dia berjaya putuskan hubungan pertunangan saya dan rosakkan nama dalam industri.”

Pelakon itu ditemui selepas menghadiri kes perbicaraan khalwatnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, Selasa.

Menerusi keterangannya kepada mahkamah, dia mendakwa dirinya telah diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, apabila diminta untuk hadir ke rumah wanita itu.

Selain itu, dia turut menjelaskan dirinya tidak kisah berhadapan dengan tohmahan masyarakat kerana dia tahu kebenaran di sebalik perkara yang berlaku itu.

Dalam kejadian hitam itu, dia dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas aduan orang ramai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Pada tarikh sebutan kes 13 November 2013, Farah Nurizzati Salleh mengaku bersalah dan diminta membayar denda maksimum berjumlah RM3000.

Sumber: Mstar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BDnBO55kahs&w=560&h=315]

Leave a Reply