Katy Perry Ungguli Carta Penyanyi Wanita Paling Kaya 2015

PENYANYI Hollywood, Katy Perry telah dinobatkan sebagai penyanyi wanita paling kaya bagi tahun 2015.

Menurut senarai penyanyi wanita paling kaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes itu, pelantun lagu Dark Horse tersebut telah meraih RM588 juta untuk tahun itu sekali gus meletakkannya di tangga yang pertama.

0626_celeb100-katy-perry_1200x675
Katy Perry raih RM588 juta bagi tahun 2015

Penyanyi berusia 31 tahun itu meraih pendapatan setinggi itu berikutan konsert jelajah Prismatic yang berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM8 juta di setiap bandar yang dijelajahnya.

Tersenarai di tangga kedua adalah ‘musuh’ ketatnya di dalam industri itu, Taylor Swift dilaporkan meraih RM348 juta.

Taylor Swift raih RM348 juta.
Taylor Swift raih RM348 juta.

Hasil daripada konsert jelajah bagi album 1989 dan single terbarunya, Wildest Dreams, Taylor dikatakan meraih RM18 juta di setiap bandar.

Turut tersenarai dalam carta penyanyi wanita paling kaya itu juga, penyanyi wanita dalam kumpulan Fleetwood Mac, Stevie Nick dan Christine Mcvie ditempatkan di tangga ketiga dengan jumlah kutipan sebanyak RM259 juta.

Pelantun lagu Paparazzi, Lady Gaga pula tersenarai di tangga keempat dengan meraih RM257 juta manakala diva popular Hollywood, Beyonce menduduki tangga kelima dengan jumlah kutipan RM237 juta setahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Forbes

 

Loading...